1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara yang tidak berfaedah.
Microsoft Word - 10 wasiat
3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (fusha) kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apapun jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
1.Apakah engkau pernah menunaikan solat berjemaah takbiratul ula secara berterusan walau hanya dalam tempoh seminggu?
2.Apakah engkau benar-benar menunaikan solat dengan penuh ketundukan dan kekhusyukan sehingga tidak memikirkan hal-hal lain melainkan engkau dan Dia?
3.Apakah engkau konsisten membaca dan memahami al-Qur’an 1 maqra’ (2 muka/surat setengah) dalam sehari?
4.Apakah engkau meneliti dan mengamati sedalam-dalamnya mafhum al-Qur’an walau sepotong ayat seumur hidupmu sehingga merasakan kekerdilan dan kehinaan diri engkau di dalam kefanakan indahnya madah kalam Tuhan, secara tidak langsung mengagumi kebesaran Maha Pencipta, Maha Kaya?
5.Apakah engkau telah menghabiskan pembacaan al-Qur’an dan terjemahannya 30 juzu’ sepanjang penghidupanmu dalam memahami dustur Ilahi?
6.Apakah engkau telah membaca dan memahami kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim?
7.Apakah engkau sering mengalirkan air mata keinsafanmu sendirian di hadapan Pencipta?
8.Apakah engkau memikirkan kehebatan Tuhan yang tiada taranya melalui penciptaan langit dan bumi, interaksi sesama manusia yang sangat ramai bilangannya, dan seumpamanya, yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain?
9.Apakah engkau berfikir dengan sedalam-dalamnya walau hanya sejenak, merenungi jasadmu, gerak-gerimu, lalu engkau memikirkan keberadaanmu di dunia yang fana?
10.Apakah engkau merintih kepadaNya melalui bicara hati yang mampu menggetar jiwamu?
11.Apakah engkau merasai kehangatan jiwamu apabila bertaqarrub kepadaNya?
12.Apakah hatimu benar-benar bergetar apabila mendengar serta melafazkan kalimah ALLAH?
13.Apakah engkau benar-benar berzikir dengan hatimu, bukan dengan lisanmu semata?
14.Apakah tidak timbul rasa ‘ujub dan riya’ walau hanya sebesar zarah sekalipun di dalam jiwamu apabila engkau dimuliakan dan dihormati oleh kebanyakan manusia? Maka berhati-hatilah…
15.Apakah engkau melakukan amalan yang sedikit, tetapi berterusan yang mampu menjernihkan basirahmu, atau apakah engkau melakukan amalan yang berganda-ganda tanpa tajarrud?
16.Apakah engkau melihat seorang pekak/buta/tuli/kudung, kemudian engkau memikirkan betapa besarnya nikmat pancaindera yang dikurniakan kepadamu, lalu engkau menggunakannya pada jalan yang benar?
17.Apakah engkau melihat mereka yang berada di persimpangan, lalu mendoakan agar mereka diberi taufiq dan hidayah serta tidak menghukum mereka?
18.Apakah engkau sangat bersungguh-sungguh bertemu dengan Pencipta melalui ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa, bangun malam, dan sebagainya, dan kesungguhanmu mengatasi keseronokanmu membelai nafsumu seperti sifat malas, lembap, tidur, dan seumpamanya?
19.Apakah engkau memikirkan bahawa setiap butir bicaramu yang berulang-ulang merupakan suatu ungkapan doa?
20.Apakah engkau mendirikan solat malam setiap hari, sedangkan solat malam itu merupakan satu ibadah yang wajib bagi Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda?
21.Apakah engkau menghayati dan menekuni sirah perjuangan Baginda s.a.w, para sahabat, dan ‘alim ulama’ terdahulu, lalu membuatkanmu bergenang air mata?
22.Apakah engkau menghargai waktu walau sedetik saat yang berlalu dengan perkara yang berguna?
23.Apakah engkau benar-benar menepati waktu yang dijanjikan sekiranya terdapat liqa’, perjumpaan, mesyuarat, kuliah, dan seumpamanya?
24.Apakah engkau mempunyai prinsip hidup dan visi yang sangat nyata?
25.Apakah engkau benar-benar bersedia menjadi HUJAH agama?
26.Apakah engkau menyumbangkan bakti untuk Islam setiap hari?
27.Apakah engkau berusaha bertukus-lumus meneroka ilmu pengetahuan dengan mencari ruang dan peluang yang ada melalui kuliah-kuliah ilmu, halaqah, dan sebagainya?
28.Apakah engkau tidak berkata-kata melainkan hal-hal yang perlu dan berfaedah sahaja?
29.Apakah engkau memberikan sesuatu hadiah dan pemberian kepada orang lain, sedangkan hadiah tersebut merupakan barang yang paling engkau sayangi?
30.Apakah engkau tidak merasakan bahawa bila-bila masa sahaja engkau akan MATI?
31.Apakah engkau memaafkan setiap kesalahan manusia sebelum engkau tidur pada setiap malam?
32.Apakah engkau tidak pernah/sangat jarang sekali tidur selepas Subuh dan selepas Asar?
33.Apakah engkau tidak pernah meninggikan suara kepada kedua orang tuamu?
Mudah-mudahan persoalan-persoalan di atas akan menjadi panahan tajam kepada hati kita yang kian membeku… Renungilah Firman Allah s.w.t:
18. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.:"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6 JENIS WANITA MALANG
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.