Kebaculan rejim zionis Israel semakin menggila! Bacul kerana enggan membenarkan misi kemusiaan Gaza tiba di perairan Gaza. Rata-rata akhbar dunia hari ini telah digemparkan dengan berita kematian sekurang-kurangnya 19 aktivis sukarelawan dan 30 yang lain cedera, dalam satu misi kemanusiaan Gaza (Lifeline for Gaza). Ini disusuli pula dengan 16 sukarelawan dipenjara, dan 480 aktivis pro-Palestin turut ditahan untuk dipenjarakam di Israel. Dilaporkan bahawa misi kemanusiaan tersebut merupakan misi kemanusiaan sedunia yang menggabungkan lebih 50 buah negara bagi menyalurkan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan, makanan, ubat-ubatan, dan sebagainya. Dari negara Malaysia sahaja, wakil-wakil dari Malaysia telah berjaya mengumpulkan dana lebih RM200 juta di samping barang-barang keperluan harian sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam Gaza. Melalui konvoi inilah, segala bentuk bantuan dan dana akan disalurkan kepada penduduk Gaza yang berada di dalam kongkongan zionis Yahudi dan baruanya seperti Mesir.
Konvoi perkapalan yang bertolak dari negara Turki melalui perairan Cyprus merentasi laut Mediterranean tersebut merupakan konvoi buat julung-julung kalinya dilaksanakan sebagai satu simbol solidariti umat sedunia bagi menghulurkan sebarang bentuk aktiviti kemanusiaan kepada rakyat Palestin di samping menyelar tindakan rejim zionis Israel yang menjajah rakus tanah suci al-Quds. Akal yang waras pastinya akan menyaksikan kezaliman luar biasa Yahudi apabila tentera rejim zionis menyerang kapal Mavi Marmara yang ternyata langsung tidak mengancam keselamatan negara haram Israel, malah konvoi terbabit hanyalah membawa muatan bahan-bahan keperluan demi merealisasikan misi kemanusiaan dan keamanan dunia. Cerminan kebaculan dan wajah sebenar Yahudi Zionis semakin terpampang luas, sekaligus memaparkan kepada dunia bahawa mereka tidak sesekali redha dengan kemerdekaan negara Islam Palestin, kerana kemerdekaan Palestin pada hakikatnya merupakan titik tolak kepada gelombang pembaharuan, kemerdekaan dan kebangkitan hakiki umat Islam sedunia..!!!
Hak asasi manusia dan keadilan sejagat ternyata telah dicabuli tanpa maruah oleh rejim zionis Israel. Para NGO dan sukarelawan Lifeline for Gaza diberi kata dua, sama ada pulang ke negara masing-masing atau dihumban ke dalam penjara. Rundingan damai, persidangan tergempar, dan sebagainya ibarat mencurah air ke daun keladi. Yahudi hanya mentertawakan… Umat Islam hanya mengeluarkan kenyataan, bersuara, menyatakan pandangan, tetapi tidak bertindak tegas dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku. OIC dan PBB cukup sekadar pada nama, akan tetapi anggotanya masih enak ketiduran dan keawang-awangan, tidak menghulurkan sebarang bantuan kemanusiaan dan KETENTERAAN… Kerana PBB adalah boneka dan mainan politik Yahudi yang di sana terdapatnya kuasa veto daripada 5 buah negara yang diterajui oleh Amerika Syarikat, sekutu Yahudi! Kerana anggota pimpinan OIC rata-ratanya merupakan pak turut dan barua kaum Yahudi, tidak meyakini janji Ilahi. Masih pengecut dan hanya bergantung kepada ekonomi orang Yahudi, masih gentar dan bacul terhadap ketumbukan ketenteraan negara haram Israel yang tidaklah ramai dan lemah!!! Kukuhnya Islam kerana meletakkan Allah sebagai matlamat tertinggi! Maka, ke manakah ISLAMmu pergi………!!!!!
Di pihak kerajaan Malaysia, mereka lembap merespon isu umat Islam sedunia khususnya hal yang berkaitan konvoi kemanusiaan. Mereka lemas kerana keenakan diselimuti ketiduran APCO. Mereka termanggu-manggu apakah kenyataan yang harus dikeluarkan hanya kerana bergantung kepada kata-kata nasihat daripada syarikat terkemuka Israel (APCO) tersebut. Mereka sangat gentar dengan kenyataan yang akhirnya membuka segala pekung kelemahan pemerintahan mereka sendiri. Kebergantungan mereka kepada APCO bagi membersihkan nama golongan tertentu dalam entiti kerajaan akhirnya memakan sendiri tuan punya badan. Mereka memanipulasi wang rakyat melalui pembayaran APCO, rasuah dan korupsi daripada projek-projek mega. Mereka kononnya bersuara membantah kekejaman zionis Israel, walhal dalam masa yang sama mereka mengampu Yahudi melalui kerjasama APCO. Mereka membenarkan lesen perjudian bola sepak Piala Dunia bagi mengaut keuntungan peribadi melalui wang HARAM atau membayar hutang yang telah sekian lama tertunggak. Mereka ingin menghapuskan subsidi hanya kerana bimbang bahawa Malaysia akan menjadi bankrap sebelum 2020. Sedangkan, kesemua sumber kewangan kerajaan pada hakikatnya mencukupi dan boleh saja disalurkan kepada insan-insan yang memerlukan khususnya di Gaza, Palestin, asalkan diatur dengan baik. Sedangkan, kesemua sumber kewangan tersebut mampu menampung keperluan rakyat dan bebanan hutang kerana negara Malaysia sangat kaya dengan hasil bumi. Hakikatnya, mereka sendirilah menyalahgunakan kuasa dan wang untuk kepentingan tertentu semata-mata… Siapa yang makan cili, dialah terasa pedas...!
Di dalam dunia ini, tiada sebuah penjara dunia yang maha dahsyat dan besar melainkan penjara dunia Palestin yang berkapasiti kira-kira 2 juta penduduk lokaliti dengan keluasan purata kira-kira 25km persegi. Makanan dan bahan mentah dicatu, tidak seperti di penjara-penjara biasa yang masih lagi dibekalkan makanan kepada banduan. Rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh dengan begitu kejam, tidak sepeti bantuan-banduan yang masih diberikan peluang ke muka pengadilan melalui mahkamah perbicaraan. Tidak cukup dengan rakyat Palestin diperlakukan dengan begitu rakus, malah sukarelawan konvoi dari segenap penjuru dunia dari negara Islam dan bukan Islam senjata dihunus, OIC kelihatan sudah dibius, maka fenomena sebegini membuatkan mereka semakin menikus, akhirnya tiada satu pun resolusi tuntas yang dapat dilaksanakan gara-gara kewujudan barua-barua dan pak turut Yahudi yang rata-rata memegang tampuk kepimpinan tertinggi secara HARAM di negara-negara Arab dan Islam sedunia. Mesir dengan kemunculan Presiden Hosni Mubarak yang sering menyumbat ahli gerakan Ikhwan al-Muslimin ke dalam penjara, Presiden Palestin merangkap pimpinan tertinggi FATAH, Mahmud Abbas menjadi anjing penjajah Yahudi, menggulingkan kerajaan HAMAS (Proksi Ikhwan al-Muslimin di Palestin) dengan komplot bersama rejim zionis Israel. HAMAS yang pada hakikatnya merupakan kerajaan dokongan rakyat Palestin yang diterajui al-Ustaz Ismail Hanieh telah dibubarkan dengan tidak perikemanusiaan. Al-Ustaz Ismail Hanieh hanya diberikan kuasa menjawat jawatan Perdana Menteri Palestin sahaja sungguhpun parti HAMAS telah menang secara majoriti dalam pilihanraya umum Palestin pada tahun 2004. Namun, kelantangan suaranya dan pembuktiannya berjuang mengorbankan segala-galanya berupaya mengegar dunia, menyentakkan anjing-anjing zionis Yahudi, serta menenggelamkan pengaruh gerakan FATAH yang hanyalah barua zionis laknatullah. Hanya kelihatan pemimpin yang bersuara lantang terhadap isu umat Islam sedunia adalah presiden Turki, Tayyib Erdogan dan presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad selain parti-parti pembangkang di kebanyakan negara-negara Islam yang membawa mesej sepunya, meninggikan kalimah Allah di muka bumi...
Al-Ustaz Ismail Hanieh di dalam kenyataan rasminya mengisytiharkan bahawa tanggal 31 Mei 2010 merupakan hari kebebasan Palestin (yaum al-Hurriyyah) rentetan pembunuhan 19 orang sukarelawan Lifeline for Gaza bagi menghargai perjuangan yang telah dicurahkan oleh para sukarelawan tersebut. Lantaran itu, kesyahidan 19 orang sukarelawan tersebut telah mengangkat simbol kebebasaan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka. Pengisytiharaan tersebut seterusnya diabadikan dalam lipatan sejarah Palestin dan dunia. Al-Ustaz Ismail Hanieh seterusnya menggambarkan bahawa sungguhpun bekalan keperluan masih belum tiba di perairan Gaza, namun perjuangan bermandikan darah telahpun mengalir di dalam lautan Maditerranean seterusnya ia pasti kan tiba di perairan Gaza, dan sesungguhnya mereka telah syahid menemui Ilahi, bahkan tumpahan darah tersebut telah menjadi saksi perjuangan… Malangnya, masih terdapat masyarakat awam masih tidak menghiraukan kemelut dunia ini dalam konteks rakyat negara Malaysia atas kepentingan peribadi. Masih terdapat rakyat Malaysia menganggap isu ini merupakan isu picisan atas dasar doktrin ‘tidak apa’ yang menguasai pemikiran mereka, asalkan mereka berada di dalam zon selesa... Astaghfirullah al-`Azim… Sedarlah wahai kaum muslimin…!
Isu Palestin merupakan isu umat Islam sedunia, bahkan isu seluruh umat sedunia, apatah lagi ia menyorot perbahasan mengenai keadilan sejagat dan pembebasan dari sekatan dan kongkongan yang bertentangan dengan kewarasan akal. Saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar mendoakan kesejahteraan pejuang-pejuang agama dan kesejahteraan golongan kafir yang menyokong Islam (kafir zimmi) dalam misi kemanusiaan ke Gaza, agar misi tersebut berjaya dan keperluan serta dana dapat tiba di perairan Gaza, seterusnya dapat disalurkan kepada rakyat Palestin. Tidak lupa juga, saya menyeru kepada sekalian umat Islam agar mendoakan keamanan bumi Gaza yang telah diperlakukan dengan begitu biadap oleh rejim zionis Israel. Buat para para pejuang Allah sekalian, perpeganglah kalian pada firman Allah s.w.t ini, mudah-mudahan kita termasuk di kalangan para syuhada’-Nya yang benar-benar terpilih, yang hakikatnya ia merupakan cita-cita tertinggi kita:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا (23)
Maksudnya:
23. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Surah al-Ahzab (33): 23
Amalkanlah qunut Nazilah yang boleh dilaksanakan pada rakaat akhir solat fardu, setelah i’tidal, demi kesejahteraan umat Islam sedunia dan sebagai balasan kepada mereka yang ingkar dengan aturan Allah di muka bumi khususnya kepada para penderhaka Yahudi…! Takbir!!!
0 comments:
Post a Comment