Ya Allah, kumemohon setinggi-tinggi pengampunan dan pengharapan… Hinanya diriku ini yang sering mengerjakan solat fardu bukan pada awal-awal waktu… Aku merasa berdosa… Sehinggakan kumenunaikan solat tanpa khusyuk dan sering bersegera… Entah apa yang kukejarkannya, atau terpedaya dengan hasutan syaitan semata-mata… Sedangkan waktu itu juga merupakan ketetapan Engkau… Engkaulah penentu waktu… Maka, seharusnya tiada masa yang terhad untuk kuberdamping denganMu… Yakni, tiadalah nilaian masa apabila mengabdikan diri kepadaMu, setiap masa sewajarnya bagiMu, kembali kepadaMu, dan untukMu. Bahkan adakalanya aku lebih bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat dengan khusyuk berbanding solat fardu, sedangkan solat fardu lebih wajib ditunaikan dan diutamakan… Jadi, haruskah kuterburu-buru sedangkan segala kehidupan dan kejadian mendatang itu di dalam rahsia-Mu… Subhana Allah… Jadi, usahlah dirisaukan tentang keterbatasan masa ketika bersama al-Khaliq, tempat kita mengadu, di dalam solat, berzikir, bermunajat, bertilawah, dan lain-lain… Kerana Dialah yang Maha Mengetahui setiap rahsia dan kunci perkara ghaib serta mendatang. hayatilah Firman Allah s.w.t: (al-An`am, ayat 59) mafhumnya:
Alangkah alpanya diri ini...
Posted by
Muhamad Alihanafiah b. Norasid
on Thursday, July 23, 2009
0 comments:
Post a Comment