Islam dihina..!

Bahang pilihanaraya kampus Universiti Malaya semakin hangat. Kehangatan yang dirasai bukan hanya kepada mahasiswa bahkan juga Umat Islam yang mana Istitusi mulia umat Islam iaitu masjid dihina. Kepala babi dibelah dua dan diletakkan di dalam Masjid Akademi Pengajian Islam. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.00 pagi yang mana disedari oleh dua orang mahasiswa Univerisiti Malaya. Tindakan telah diambil oleh pihak Keselamatan Uiniversiti Malaya dan juga pihak berkuasa Polis berhubung dengan kejadian yang menghina institusi Umat Islam tersebut. Kejadian ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di dalam Universiti Malaya, justeru itu Mahasiswa Universiti Malaya khususnya yang beragama Islam merasakan bahawa kejadian tersebut merupakan suatu sabotaj yang berkait rapat dengan pilihanraya kampus. Mohd Aziezul Abdullah dan Mohd Rahimie P. Ramlee menyatakan bahawa Pilihanraya Kampus Universiti Malaya tidak wujudnya ketelusan sebagaimana yang dijanjikan oleh En. K. Puniamurty selaku pengarah pilihanaraya kampus Universiti Malaya sewaktu sidang dialog bersama mahasiswa pada 14 Januari yang lalu. Mahasiswa akan membawa perkara ini kepada pihak yang berwajib berhubung ketelusan pilihanaraya kampus Universiti Malaya dan menunggu jawapan berhubung siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pilihanraya Kampus... TAkbir!!!

KUALA LUMPUR, 20 Jan - Pro-Mahasiswa menang dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya(UM) selepas berjaya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini. Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik sahaja keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.

Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata, kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004. Manakala di Universiti Putra Malaysia pula, Pro-Mahasiswa berjaya membaiki prestasi mereka apabila memenangi 13 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Ia adalah rekod baru mengatasi keputusan lalu iaitu tujuh dengan bilangan calon yang dihantar seramai 18 orang pada kali ini.

Pilihan raya kampus kedua-dua kampus tersebut dijalankan serentak semalam dengan menyaksikan peningkatan sokongan di kalangan mahasiswa kepada kumpulan yang dilihat membawa imej perjuangan kebajikan dan akademik kepada warga kampus.
Kini hanya tinggal sebuah lagi kampus iaitu Universiti Islam Antarabangsa yang akan menghadapi proses pembuangan undi pada 22 Januari selepas melalui proses penamaan calon semalam.