Nasihat daripadaku yang Serba Dhaif Buat Pemuda-pemudi Islam… (1)

Sejak kebelakangan ini, aku sering mendengar dan mendapat undangan ke walimah perkahwinan sahabat-sahabat dan para senior… Pada bulan November dan Disember tahun ini sahaja, kira-kira terdapat lima atau enam undangan ke majlis perkahwinan senior-seniorku atau sahabat-sahabatku sendiri. Wa li Allahil hamd… Mudah-mudahan mereka berbahagia di dunia dan di akhirat. Terdapat banyak sekali kelemahan pada diri ini, namun ia tidak menghalangku untuk sama-sama kita berkongsi dan nasihat-menasihati antara satu sama lain, kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin. Luqman al-Hakim sering menasihati anak-anaknya dengan gaya bahasa yang sangat lunak dan menyentuh. Begitu juga terdapat begitu banyak mutiara-mutiara kata yang dimuatkan di dalam bahan bacaan telah dipetik daripada kata-kata nasihat beliau. Maka teringin juga hati ini untuk menjadi seperti beliau dalam usaha menyampaikan tausiah secara berhikmah… Maka, di kesempatan ini, aku ingin membawa sahabat-sahabat sekalian ke dalam suatu ruang bicara sufi yang mudah-mudahan ia sedikit sebanyak dapat memberi kesan positif kepada kita khususnya kepada mereka yang masih belum menuju ke jinjang pelamin dalam usaha mengislah hati, menanam sifat mahmudah di dalam diri…

Buat pemuda-pemudi Islam… Bagi point pertama di bawah, aku tujukan ia khusus buat mereka yang belum mendirikan rumah tangga. Aku telah menghimpunkan beberapa fokus utama baja tausiah di bawah yang mudah-mudahan dapat menyuburkan hati kita yang semakin layu disebabkan racun noda dan dosa iaitu:

Pertama: Tawaqqufkan Sementara Cinta ‘ana & enti’, waqafkan diri pada cinta Rabbi…

Kedua: Tundukkan pandanganmu, celikkan basirahmu!

Ketiga: Linangilah air matamu… Tanyalah dirimu apakah hati ini telah terkunci..?

Keempat: Bacalah… “Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan…” Binalah diri ini menjadi rantaian Jil al-Qur’an al-Farid…

Kelima: Ungkaplah Qaddara Allah wa ma Sya`a Fa`ala Ketika Menghadapi KetentuanNya dan Ujian daripadaNya…

Keenam: Tunaikanlah solat sunat Istikharah tika dibelenggu dengan pilihan, kerana Dia Maha Mengetahui dan Memahami Isi-isi Hati…

Bagi setiap point yang kunyatakan di atas, aku akan huraikan ia pada post akan datang… Bersambung…

0 comments: