Senandung Puisi Persahabatan…





Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Allah Sahaja Maha Sempurna…

Para Rasul-Nya sahaja yang sempurna…


Maka…

Bersahabatlah kerana Allah…

Kelak… Bahagia hakiki kan hadir menjelma di jiwa…




~~Salam Ukhuwwah Fillah~~

~~RAMADHAN KAREEM~~

## ribbiyyun ##

Sabtu,

7 Ogos 2010, 2.31 pagi

3 comments:

SITI RAHMAH BORHAM said...

benar..jgn mengharap pd persahabatan itu terlalu tinggi..terimalah seadanya.."sahabat yg baik adalah yg sentiasa mengingatkan kita dengan Allah"

JhikiBong said...

Subhanallah

JhikiBong said...

Subhanallah